Harga Smartphone
Sedang memuat ...

Cari Tahu Pemimpin yang Baik Menurut Islam

Ingin menjadi atau mencari pemimpin ? Cari Tahu Pemimpin yang Baik Menurut Islam – pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mengerti keinginan rakyatnya.. Tapi jangan disalah artikan bahwa tidak semua keinginan rakyat harus dipenuhi dan dituruti. Sebagai seorang pemimpin sudah selayaknya harus adil, bijaksana dan serta bisa memahami perasaan yang dialami oleh rakyatnya.

Pemimpin yang baik menurut islam

Menjadi Pemimpin bukanlah yang mudah. Sebagai seorang pemimpin kamu akan dituntut untuk menjadi pemimpin yang adil dan bijaksana dalam segala aspek. Adapun pengertian pemimpin dalam islam dapat diartikan sebagai : Mereka yang dapat memimpin dirinya sendiri ke arah yang lebih baik. Jadi dapat disimpulkan bahwa sebelum memimpin orang lain, selayaknya kita harus mampu memimpin diri sendiri terlebih dahulu.

Baca juga :

Pemimpin yang bijaksana

Untuk menjadi seorang pemimpin yang bijaksana dan dicintai, tidak hanya bergantung kepada mental & kepercayaan diri, akan tetapi lebih kepada rasa memiliki serta passion kuat dab self management. Seorang pemimpin bisa dikatakan bijaksana ketika dia dihadapkan kepada kedua pilihan dan memilih pilihan yang dapat menguntungkan dan tidak merugikan berbagai pihak. Pemimpin seperti ini termasuk kedalam pemimpin yang bijaksana dalam mengambil sebuah keputusan. Setiap keputusan yang diambil tidak tergesa-gesa dan pastinya harus telah dipikirkan mateng-mateng sebab akibat nya dikemudian hari.
Pemimpin Yang Baik Menurut Islam

Pemimpin Yang Baik Menurut Islam

20+ Ciri-ciri kepemimpinan yang Baik Dalam Islam

Adapun ciri-ciri pemimpin yang baik menurut islam, menurut Al-Qur’an & Hadis adalah sebagai berikut ini :

1. Taat Kepada Allah & RasulNya

Firman Allah Ta’ala:
قل اطيعواالله والرسول فان تولوافان الله لايحبالكافرون
“Katakanlah:Taatilah Allah dan RasulNya jika kamu berpaling maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir”.(Ali-Imran:32)

واطيعواالله ورسوله ان كنتم مؤمنين
“Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya jika kamu adalah orang-orang yang beriman”.

(Maksud)
“Sesungguhnya jawapan orang-orang Mukmin apabila mereka diajak kepada Allah dan RasulNya agar Rasul menghukum di antara mereka ialah ucapanسمعناواطعنا:”Kami dengar dan kami patuh”.(An-Nur:51)

2. Beriman Dan Beramal Sholih

Firman Allah Ta’ala:

ان الذين امنواوعملواالصالحات اولئك هم خيرالبرية
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal sholih,mereka itulah sebaik-baik makhluk”.(Al-Bayyinah:7)

(Maksud)
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya,kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada Allah,mereka itulah orang-orang yang benar”.(Al-Hujurat:15)

(Maksud)
“Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal sholih dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran”.(Al-Ashr:1-3)

3. (Di Lihat) Bersholat

(Maksud)Sabda Nabi s.a.w:
“Kelak akan memerintah pembesar-pembesar yang kebijaksanaannya ada yang kamu kenal baik dan tak baik.Maka siapa membenci yang tidak baik lepaslah dia daripada dosa,bahkan sesiapa mengingkarinya selamatlah dia.Tetapi sesiapa yang rela bahkan mengikuti yang tidak baik maka berdosalah ia”.Sahabat bertanya bolehkah membunuhnya?Nabi jawab:”Tidak,selagi bersholat”.(HR.Muslim 4/1820)

4. Takut Kepada Allah S.W.T

Firman Allah Ta’ala:
يخافون ربهم من فوقهم ويفعلون مايؤمرون
“Mereka takut kepada Tuhan mereka yang berkuasa di atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan”.(An-Nur:50)

5. Memimpin Dengan Kitabullah Dan Sunnah Nabi SAW

ولواستعمل عليكم عبديقودكم بكتاب الله اسمعواله وأطيعوا
“Sekalipun hanya seorang hamba yang dijadikan pemimpin yang memerintah kamu tetapi sesuai dengan kitabullah maka hendaklah kamu dengar dan mentaatinya”.(HR Muslim no.1838)

ومن لم يحكم بماانزل الله فاولئك هم الكافرون
“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah,maka mereka itulah orang-orang kafir”.(QS.Al-Maidah:44)

ومن لم يحكم بماانزل الله فاولئك هم الفايقون
“Sesiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah,maka mereka itulah orang yang fasik”.(Al-Maidah:47)

Rasulullah s.a.w mendoakan Kaab b. Ujrah:”semoga Allah memelihara kamu dari era pemerintahan yang bodoh”. Kaab bertanya apakah pemerintahan bodoh itu?

Nabi jawab:”Mereka ialah pemerintah yang datang selepasku tetapi tidak mengikut jejak dan tidak mengikut sunnahku.

Sesiapa yang membenarkan penipuan mereka,mendokong kezaliman mereka maka mereka itu bukan daripada kalanganku dan aku juga bukan daripada kalangan mereka dan mereka tidak menemuiku di telaga Kautsar.

Sesiapa yang tidak terpengaruh dengan penipuan mereka dan tidak menyokong kejahatan mereka maka mereka termasuk daripada kalanganku dan aku juga daripada kalangan mereka dan mereka ini akan menemuiku di telaga Kautsar. (HR.Ahmad,Ibnu Hibban:1723,shahih oleh Al-Albani,Tarhghib wa Tarhib:2242)

6. Adil

Firman Allah Ta’ala:
ان الله يأمربالعدل والاحسان
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebajikan”.(An-Nur:90)

(Maksud)Sabda Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil akan berada di atas panggung cahaya di sebelah kanan Allah azza wa jalla,kedua-dua sisi itu baik keadaan dan kedudukannya,iaitu orang-orang yang berlaku adil dalam hukum,adil pada keluarga dan adil dalam tugas yang dikuasakan kepada mereka.(HR.Muslim 4/1794)

7. Memerintah Kepada Ketaatan Dan Kebaikan

Sabda Nabi s.a.w:
انماالطاعةفي المعروف
“Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah pada sesuatu yang makruf(perkara yang baik pada syara’)(HR.Muttafaq ‘alaih)

فإذاأمربمعصيةفلاسمع ولاطاعة
“Maka jika diperintahkan berbuat maksiat,maka ia tidak wajib dengar dan taat”.(HR.Muttafaq ‘alaih)

(Maksud)Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidaklah Allah mengutus seorang Nabi dan tidak juga mengangkat seorang Khalifah melainkan ada dua orang kepercayaan yang dekat dengannya.Orang pertama menyuruh untuk berbuat baik dan mendorong untuk melakukannya,dan orang kedua menyuruh berbuat jahat dan mendorong untuk melakukannya”.(HR.Bukhori 1/501)

8. Tidak Mengkhianati (Amanah)

Firman Allah Ta’ala:
ياايهاالذين امنوالاتخونواالله والرسول وتخونوااماناتكم وانتم تعلمون
“Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepada kamu sedang kamu mengetahuinya”.(Al-Anfal:27)

9. Menipu/Membohong

Firman Allah Ta’ala:
ويل لكل افاك اثيم
“Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap orang berdusta lagi banyak berdosa”.(Al-Jaatiyah:7)

Sabda Nabi s.a.w(maksud):
“Tidak ada seseorang hamba yang dipercayai Allah kepadanya memimpin rakyatnya kemudian dia mati sedangkan pada hari kematiannya dia menipu rakyat,nescaya Allah mengharamkan Syurga kepadanya”.(HR.Muslim 4/1797)

10. Benar

Firman Allah Ta’ala:

ياايهاالذين امنوااتقواالله وكونوامع الصادقين
“Hai orang-orang yang beriman,bertaqwalah kepada Allah,dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar”.(At-Taubah:119)

الصابرين والصادقين والقانتين والمنفقين والمستغفرين بالاسحار
“(Iaitu) Orang-orang yang sabar dan yang benar dan yang taat dan yang menafkahkan hartanya dan yang memohon ampun di waktu sahur”.(Ali-Imran:17)

11. Berilmu

Firman Allah Ta’ala:
بل اتبع الذين ظلموااهواءهم بغيرعلم
“Akan tetapi orang-orang zalim mengikut hawanafsu tanpa ilmu”.(Ar-Rum:29)

Sabda Nabi s.a.w:
إذاوسدالأمرإلى غيرأهله فانتظرالساعة
“Apabila urusan diserahkan bukan kepada ahlinya maka tunggulah terjadinya qiamat”.(HR.Bukhori no.6496)

12. Tidak Zalim

Firman Allah Ta’ala:

فبدل الذين ظلمواقولاغيرالذى قيلل لهم
“Lalu orang-orang yang zalim mengganti perintah dengan yang tidak diperintahkan kepada mereka”.(QS.Al-Baqarah:59)

ومن يتعدحدودالله فاولئك هم الظالمون
“Sesiapa yang melanggar hukum-hukum Allah maka mereka itulah orang yang zalim”.(Al-Baqarah:229)

ومن لم يحكم بماانزل الله فاولئك هم الظالمون
“Sesiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah,maka mereka itulah orang yang zalim”.(Al-Maidah:45)

ولاتركنواالى الذين ظلموافتمسكم النار
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api Neraka”.(QS.Hud:113

Sabda Nabi s.a.w:
ان شرالرعاءالحطمةفإياك أن كون منهم
“Sesungguhnya sejahat-jahat pemimpin adalah pemimpin yang zalim.Maka janganlah kamu termasuk daripada golongan mereka”.(HR.Muttafaq’alaih)

13. Tidak Melampau Batas

Firman Allah Ta’ala:
ولاتطيعواامرالمسرقين
“Dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang melampau batas”.(Asy-Syu’ara:151)

14. Tidak Menyesatkan

Firman Allah Ta’ala:
وقالواربناانااطعناسادتناوكبراءنافاضلوناالسبيلاذ،ربنااتهم ضعفين من العذاب والمنهم لعناكبيرا
“Dan mereka berkata:’Ya Tuhan kami,sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami lalu mereka menyesatkan kami dari jalan(yang benar).Ya Tuhan kami,timpakanlah azab kepada mereka azab dua kali ganda dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar”.(Al-Ahzab:67-68)

15. Mengutamakan(agama) Keimanan

Firman Allah Ta’ala:
ياايهاالذين امنوالاتتخذوااباءكم واخوانكم اولياءان استحبواالكفرعلى الايمان ومن يتولهم منكم فاولئك هم الظالمون
“Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu jadikan bapa-bapa kamu dan dan saudara-saudara kamu sebagai pemimpin-pemimpin(pelindung) sekiranya mereka mengutamakan kekafiran atas keimanan dan sesiapa yang menjadikan mereka pemimpin kamu maka mereka itu adalah orang yang zalim.(At-Taubah:23)

16. Tidak Mengutamakan Kenikmatan Dunia

Firman Allah Ta’la:
واتبع الذين ظلموامااترفوافيه وكانوامجرمين
“Dan orang-orang yang zalim hanya mementingkan kenikmatan yang mewah yang ada pada mereka dan mereka itu adalah orang-orang yang berdosa”.(Hud:116)

17. Tidak Mementingkan Diri Sendiri (Mementingkan Rakyat)

Sabda Nabi s.a.w:
انهاستكون بعدى اثرةوامورتنكرونها
“Sepeninggalanku nanti akan ada pembesar-pembesar negara yang mementingkan diri sendiri dan bertindak dengan tindakkan yang tidak kamu sukai”.(HR.Muslim 4/1811)

18. Berjasa Kepada Manusia

Sabda Nabi s.a.w:
ومن احب ان يزحزح عن النارويدخل الجنةفلتأته منيته وهويؤمن بالله واليوم الاخروليأت الى الناس الذى يحب ان يؤتى اليه
“Sesiapa yang ingin bebas daripada Neraka dan mahu masuk ke Syurga,maka hendaklah ia menemui kematiannya dalam beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah ia berjasa kepada umat manusia sesuai dengan yang diinginkan oleh mayarakat itu.(HR.Muslim 4/1812)

19. Tidak Mempersulitkan

Dari Aisyah r.a berkata:Aku mendengar Rasulullah s.a.w berdoa di rumahku,katanya:
اللهم من ولى من امرامتي شيئافشق عليهم فاشقق عليه ومن ولى من امرامتى شيئافرفق بهم فارفقبه
“Ya Allah,sesiapa yang menjabat suatu jabatan dalam pemerintahan umatku lalu dia mempersulitkan urusan mereka maka persulitkanlah pula dia,dan sesiapa yang menjabat suatu jabatan lalu dia berusaha menolong mereka maka tolonglah dia”.(HR.Muslim 4/1795)

20. Sombong

Firman Allah Ta’ala:

وجحدواستيقنتهاانفسهم ظلماوعلوا
“Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan(mereka) padahal hati mereka meyakini(kebenaran)nya”.(An-Naml:14)

ان الله لايحبومن كان مختالافخور
“Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membangga-banggakan diri”.(An-Nisa’:36)

21. Tidak Mengharap Dan Meminta-Minta Jawatan (Pemimpin)

Sabda Nabi s.a.w;

اناوالله لانولى على علهذاالعمل احداساله ولااحداحرص عليه
“Demi Allah,aku tidak akan mengangkat seseorang untuk memangku pekerjaan ini(jawatan) kepada seseorang yang memintanya dan tidak pula kepada orang yang mengharapkannya”.(Muttafaq ‘alaih)

(Maksud)
Sedangkan pekerjaan itu(jawatan) adalah amanah yang pada hari qiamat kelak dipertanggungjawabkan dengan risiko yang penuh kehinaan dan penyesalan,kecuali bagi orang yang memenuhi syarat dan dapat melaksanakan tugas yang dibebani kepadanya dengan baik”.(HR.Muslim 4/1793)

22. Tidak Rasuah Dan Menerima Hadiah (Untuk kepentingan/balasan)

Sabda Nabi s.a.w:
النبي صلى الله عليه وسلم لعن الراشي والمرتشي
“Nabi melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah”.(HR.Abu Daud(3580),Tirmidzi(1337),Ibnu Majah(2313),juga diriwayatkan oleh Ahmad,IbnuHibban dan Al-Hakim)

فمابال العامل نستعمله فيأتينافيقول:هذامن عملكم وهذااهدلى،افلاقعدفى بيت ابيه وامه فنظرهل يهدى له املا
“Mengapakah seseorang pegawai yang kami angkat menjalani seseuatu pekerjaan,kemudian dia datang kepada kami lalu berkata:’Ini daripada hasil pekerjaan yang tuan serahkan kepada saya dan ini orang hadiahkan kepada saya’.Mengapa dia tidak duduk sahaja di rumah orang tuanya dan dia tunggu(saja) apakah ada orang(datang) memberi hadiah kepadanya atau tidak?”
(HR.Muttafaq ‘alaih,Al-Lu’lu-u Wal Marjan 2:286)

23. Tidak Menggelapkan Harta/Wang Rakyat (Negara)

Sabda Nabi s.a.w:
من استعملناه منكم على عمل فكتمنامخيطافافوقه كان غلولايأتى به يوم القيامة
“Barangsiapa yang kami angkat di antara kamu memangku suatu jabatan lalu disembunyikannya terhadap kami sebuah jarum atau yang lebih kecil daripada itu,maka perbuatannya itu adalah penggelapan.Dia akan datang pada hari kiamat membawa barang yang digelapkannya itu”.(HR.Muslim 4/1801)

24. Memakmurkan Rakyat/Negara

Sabda Nabi s.a.w:
مامن اميريلى امرامسلمين ثم لايبهدلهم وينصح الالم يدخل معهم الجنة
“Tidak seorang pun Amir yang menguasai atau memerintah kaum Muslimin,tetapi dia tidak berjuang dengan sungguh-sungguh dan tidak memberikan pengarahan untuk kemakmuran(kecukupan/keperluan) mereka,nescaya Allah tidak membolehkannya bersama-sama mereka ke Syurga”.(HR.Muslim 4/1798)

25. Tidak Mengikut Hawa Nafsu

Firman Allah Ta’ala:

ولاتطع من اغفلناقلبه عن ذكرناواتبع هوىه وكان امره فرطا
“Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan daripada mengingat Kami dan menuruti hawa nafsunya serta urusannya itu melampau batas”.(Al-Kahfi:28)

ولكنه اخلدالى الاض واتبع هوىه،فمثله كمثل الكلب،ان تحمل عليه يلهث اوتتركه يلهث
“Dan tetapi dia cenderung kepada hawa nafsunya yang rendah,maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menghulurkan lidahnya(juga)”.(Sl-A’araf:176)

[Rujukan:Al-Qur’an&Terjemahan,Shohih Muslim(Ringkasan) dan Riyadhus Sholihin(Terjemahan).]

Itu dia ulasan kita tentang bagaimana mencari dan menjadi Pemimpin yang baik menurut Islam. Buat anda yang ingin menjadi pemimpin yang baik dan dicintai bisa menerapkan informasi yang ada di dalam artikel menjadi pemimpin yang baik ini. Jangan lupa sebarkan artikel Cari Menjadi Pemimpin Baik Menurut Islam ini ke sosial media yang anda miliki seperti facebook dan twitter. Semoga Bermanfaat~

/* */